Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne - Hallo sahabat Berita Otomatis, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne
link : Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

Baca juga


Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne


PUTRAJAYA – Sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur lewat Rabu cuba 'dirampas' seorang penumpang, lapor media Australia.

Pesawat MH128 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine Melbourne pukul 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang 5.28 pagi Khamis.

Bagaimanapun, pesawat MAB jenis Airbus A330-300 itu dilaporkan berpatah balik ke lapangan terbang kedua tersibuk di Australia tersebut beberapa minit kemudian ekoran cubaan gangguan daripada seorang penumpang.

"MH128 kembali semula ke Melbourne selepas Kapten yang bertugas dimaklumkan oleh seorang krew kabin mengenai percubaan seorang penumpang mahu memasuki bilik kokpit pemandu pesawat," kata kenyataan MAB.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu seterusnya memaklumkan bahawa keselamatan adalah keutamaan MAB dan MH128 tersebut berjaya mendarat semula di Melbourne pada pukul 11.41 malam waktu standard Australia timur.

Pesawat kemudian ditempatkan di petak ditetapkan dan menunggu bantuan keselamatan daripada pihak berkuasa manakala semua penerbangan lain masuk ke Melbourne turut dilencongkan ke lapangan terbang yang berdekatan.

Wartawan stesen penyiaran tempatan SBS News, Brianna Roberts melaporkan bahawa seorang penumpang disyaki mahu menceroboh itu cuba ditahan oleh 11 penumpang lain dan suspek dikatakan berlari memasuki ruang kokpit.

Dia dipercayai memegang sejenis peranti elektronik yang berfrekuensi, namun bukan berbentuk bahan letupan dan beberapa pengumuman dalam pesawat MAB itu turut menyatakan ada berlaku insiden dengan situasi keselamatan.

Dalam pada itu, portal penjejakan penerbangan antarabangsa, Flightradar24 mendedahkan laluan MH128 tersebut kelihatan berpatah balik ke Melbourne dan beberapa pesawat yang menuju ke sana turut dilencong ke tempat lain.

Laporan media tempatan yang belum disahkan menyatakan bahawa lapangan terbang utama ibu negeri Victoria itu ditutup untuk operasi keselamatan oleh pihak berkuasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...


Source:http://ift.tt/2bK3dBD


Demikianlah Artikel Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

Sekianlah artikel Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne dengan alamat link http://beritaotomatis.blogspot.com/2017/05/pesawat-mab-mh128-cuba-dirampas-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne"

Post a Comment